Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang budiman..
Agak lama juga saya tidak update blog ini. Sejak beberapa bulan yang lepas, terasa dua tangan ini perlu melakukan terlalu banyak perkara dalam satu masa. The boutique, the other business, my dotters, new projects.. All come at once. Sedar tak sedar, kita baru sahaja melangkah ke tahun 2012. Begitu cepat masa berlalu ye. Harap masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada anda semua. Diharap tahun ini lebih membawa makna kepada kita semua.
Sejak beberapa hari lepas, lappy kesayangan saya rosak. Lappy yang banyak berjasa, sejak saya mula menjalankan biz ini secara part time- full time- dan akhirnya hingga tersergam butik penyusuan idaman saya ini. Rasa ralat. But what to do, every single thing got a life time. Manusia pun sama, ada umurnya. Datang ajal bila sudah tiba masanya. So, as for now, ipad jadi pengganti sementara waktu. Lak larat jugs guna ipad ni as screen yang kocik compared to lappy, then function yang sangat mencabar keimananku huhu...
Anyway, kepada yang setia menjadi pelanggan, terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana memilih Lilkaistore Boutique untuk berurusan. Masih ada lagi segelintir customer yang enggan patuhi Lilkaistore company policy dan T&C. Tapi itu bukan masalah besar kerana, kami di Lilkaistore berurusan dengan cara yang betul. Jika pelanggan enggan mematuhi polisi dan T&C kami, maka semua urusan menjadi lambat; yang rugi adalah mereka sendiri. Ingatlah, peraturan dibuat untuk memastikan semua operasi berjalan lancar.
Saya sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya dimurahkan rezeki pada hari ini, tahun ini dan pada tahun- tahun akan datang. Sesungguhnya, saya bersyukur apa juga nikmat yang diberi olehNya. Banyak persaingan dalam perniagaan, tapi yang membantu dan membenarkan kita perolehi apa yang kita ada skg dan yang bakal ada ialah Allah swt. Oleh itu, mari kita sama-sama mensyukuri nikmatNya.
Saya berhenti di sini dahulu. Ada banyak perkara lagi yang perlu dibuat. Jangan lupa LIKE Lilkaistore fb. Kami sentiasa update new products, event, promo dan status di sana. Assalam.
Friday, January 13, 2012
Selamat menyambut tahun baru 2012
Labels:
News
Saturday, September 10, 2011
Selamat Menyambut Bulan Syawal yang Mulia...
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat menyambut Bulan Syawal yang mulia kepada muslimin dan musliman. Di harap ibu-ibu masih lagi tegar memberikan menyusukan bayi sepanjang bulan Syawal ni ye. Almaklum, kadang-kadang bila sibuk sangat dengan kunjungan hari raya, nak mengepam pun jadi tak sempat. Tup-tup, bila buka freezer, stok takde.. Haaa.. camno tu?? :)
Macam saya, semasa hari raya pertama dan kedua, saya demam kerana bengkak susu. Yang pertama sebab saya makan rendang ayam dari pagi sampai ke petang, terasa cik B begitu sarat dan bengkak. Elok pula tu, my lil dotter suka main-main masa menyusu sebab ramai orang, so, cik B makin penuh dengan susu la. Pam pula saya memang tak bawa, sebab anak memang direct bf. At last, perah ler pakai tangan (marmet). Bukan setakat demam je, kepala berangin sebab makan ketupat pulut banyaakk, mak saya masak.. Pergghhh, time tu rasa nak suruh orang tarik rambut saya ni, pastu sedut angin dalam kepala hiihi..
Ok, seems LilKaiStore Boutique pun dah beroperasi seperti sediakala, maka anda boleh la datang ke butik setiap hari. Tiada lagi cuti setiap hari Rabu ye! :) Yeayyy..
Cuma, masalah besar timbul apabila parcel yang kami order dari Lactaequip berisi semua Medela breastpump telah dihilangkan oleh kurier servis KTM. Pihak KTM telah collect parcel tersebut sebelum cuti raya lagi dari Lactaequip, dan penghantaran sepatutnya dibuat ke butik kami sebelum raya juga. Kami jenuh tunggu parcel tak sampai-sampai. Bila call KTM, barulah citer sebenar didedahkan. Parcel kami hilang semasa penghantaran sebelum raya lagi.
Tapi ralatnya, apabila mereka TIDAK langsung info kepada kami selaku penerima mahupun Lactaequip selaku penghantar. Dengan senangnya mereka jawab: "Ooh, LilKaiStore Enterprise ye. Parcel cik dah hilang sebenarnya. Sebab tu saya takleh nak cek consignment number ni".. Then saya tanya, klo dah hilang kenapa tak info. Kenapa buat diam je. Dengan mudah mereka jawab: "Seller cik dah tahu dah pasal ni.".. So, klo dah tahu pun, kenapa, yang hilangkan parcel is KTM bukan Lactaequip. Then bila minta claim, mereka kata:"Cik, untuk claim kami kene berunding dengan Lactaequip dahulu. Sebab kami nak tahu detail pasal value".. Fine, now saya dah minta Lactaequip tolong percepatkan process claim. Cuma tidak tahu berapa value yang mereka rundingkan. So, stok yang sepatutnya jadi ready stock, akan menjadi pre-order sehinggalah kes ini selesai. Harap semua pelanggan maklum ye.
Inilah antara dugaan sebagai seller dan juga sebagai pelanggan. Kami membeli barang, dan kami juga yang menjual barang. Justeru itu, setiap prosedur wajib dipatuhi. Cuma, kepada pelanggan yang dihormati, sentiasalah berurusan dengan cara yang betul. Macam barang yang hilang ni, saya tidak marah kepada Lactaequip, sebaliknya saya perlu sentiasa contact KTM sebab mereka yang bertanggungjawab atas kehilangan parcel tersebut. Begitu juga anda, seandainya ada parcel hilang selepas ia keluar dari pintu butik kami, anda perlu berhubung sendiri dengan kurier servis, bukan meletakkan LilKaiStore sebagai punca atau orang yang perlu bertanggungjawab atas kehilangan tersebut. Itu sama sekali tidak betul dan tidak diterima. Harap faham ye.. Sekian..
Labels:
Announcement
Thursday, August 11, 2011
LilKaiStore Closing Order Sempena Hari Raya Aidilfitri 2011
Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca..
Hari Terakhir Proses Order
Hari Raya Aidilfitri bakal tiba. Seperti yang telah diumumkan, LilKaiStore Boutique akan ditutup bermula 28/8 - 4/9/2011. Oleh itu, hari terakhir untuk memproses order online adalah pada 26/8/2011 (Jumaat) sebelum jam 12noon. Jika bayaran diterima selepas jam 12noon pada hari tersebut, order anda akan diproses pada 5/9/2011 (Isnin), iaitu apabila butik kami kembali beroperasi seperti biasa.
Juga berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas, banyak penghantaran yang pending oleh Pos Laju dan Airpak Express apabila tiba musim raya. Ini kerana, ramai staf mereka bercuti awal sedangkan ada banyak parcel yang perlu dihantar kepada pelanggan. Tambahan pula kebiasaanya sehari sebelum raya, kebanyakan syarikat kurier hanya beroperasi setengah hari sahaja. Maka, banyak parcel yang akhirnya dihantar kepada pelanggan selepas raya. Oleh itu, anda dinasihatkan membuat persediaan membeli lebih awal kerana Pos Laju tidak banyak membantu sebarang urgent order anda apabila tiba musim raya.
Penghantaran Lewat oleh Kurier Servis
Ini kali kedua kami memberitahu dan juga mengingatkan kepada pelanggan. LilKaiStore TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan penghantaran oleh pihak kurier servis kepada anda. Seperti yang telah dijelaskan di dalam LilKaiStore T&C, tugas kami berakhir apabila parcel anda diserahkan kepada pihak kurier servis mengikut SOP kami. Sebaik sahaja parcel tersebut diterima oleh kurier servis, parcel anda secara automatik berada di bawah tanggungjawab syarikat kurier servis berkenaan. Maka, sebarang kelewatan penghantaran, kehilangan atau kecacatan pada parcel; ianya merupakan tanggungjawab oleh pihak kurier servis tersebut yang mana ia tiada kaitan dengan LilKaiStore Boutique.
Walau bagaimanapun, jika anda ingin mengemukakan sebarang aduan kepada pihak kurier servis dan memerlukan LilKaiStore untuk membantu menyampaikan aduan tersebut kepada pihak yang berkenaan; YA, kami boleh membantu. Tetapi, apa jua hasil dari aduan tersebut adalah bergantung kepada keputusan pihak kurier servis berkenaan. Kami berharap, agar pelanggan membaca dahulu T&C kami sebelum membuat sebarang pembelian kerana kami tidak melayan mana-mana permintaan yang terang dan jelas melanggar isi kandungan LilKaiStore T&C.
***********************
Last, but not least, saya mengambil peluang ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh kaum muslimin dan musliman. InsyaAllah, panjang umur dan murah rezeki, kita berjumpa lagi selepas cuti. Semoga Syawal kali ini memberikan 1000 nikmat yang bermakna dalam hidup kita. Amin..
Labels:
Announcement
Sunday, July 31, 2011
Airpak Express dan Pos Laju Naik Harga!
Kepada semua pelanggan LilKaiStore Boutique, sila amik perhatian. Pos Laju dan Airpak Express telah menaikkan cas penghantaran sebanyak 5% lagi bagi menampung kenaikan harga minyak. Kenaikan cas penghantaran oleh kedua-dua kurier servis ini telah berkuatkuasa sejak dan 1st dan 15th Jul 2011.
Oleh itu, di sini kami ingin mengumumkan, mulai 1st Aug 2011, LilKaiStore Boutique akan mengenakan cas penghantaran yang baru terhadap penghantaran menggunakan Pos Laju dan juga Airpak Express untuk pembelian online di LilKaiStore.com. Senarai cas penghantaran yang terbaru bagi kedua-dua kurier servis ini boleh disemak di http://www.pos.com.my dan http://www.airpak-express.com.
Harap maklum. Sila sampaikan kepada semua..
-LilKai Family-
Labels:
Announcement
Thursday, July 28, 2011
New Arrival!! Update 28th Jul 2011
Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Pernah dengar Cherub Baby? Jika ya, baguslah, jika tidak pernah dengar, haa..mari sini dengar ini cerita hehe..
Untuk makluman semua, LilKaiStore Boutique kini merupakan authorized dealer untuk brand Cherub Baby. Brand ini merupakan brand popular dari Australia. Brand ini memfokuskan production untuk breastfeeding produk seperti breastpump, feeding bottle, sterilizer dan warmer, nursing pads, breastmilk storage bags dan banyak lagi.
Buat masa ini, LilKaiStore membawa range of baby products dari brand ini seperti feeding bottles, feeding bottle set (3 stages), feeding bottle teats, sterilizer dan warmer. Buat masa ini, hanya baby products yang available di butik kami. Juga, saya pasti anda berminat dengan Cherub Baby Click N Go Travel Bottle Warmer ini. Ia sangat convenient dan berguna, apatah lagi dijual pada harga yang berpatutan. So, anda patut dapatkannya hari ini!!
Juga, Horssom telah mengeluarkan satu lagi nursing bra yang terbaru. Kali ni rekaannya lebih SEXY dan MENGGODA gitu!! hihi.. Cupnya dibuat dari full lace dan dilapisi dengan soft padded, sangat lembut dan comfortable. Juga jika anda seorang biz size mom, inilah nursing bra paling BEST untuk anda kerana ia mempunyai EMPAT hooks untuk menampung berat cik B especially time engorge tu!! Cuma sorry, sebab nursing bra ini baru sahaja launched by the supplier, we have not yet receive the official pic from supp melainkan pic sendiri ni je:) hope masih kelihatan SEXY hoho!
So, jangan lupa drop by to our boutique or visit our official website di http://lilkaistore.com. Untuk pengetahuan anda, kesemua new arrival ini are selling of SALE price tau!! Enjoy!
Labels:
New Arrival
Monday, July 25, 2011
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada pembaca muslim blog ini. Ramadhan kian menjelang. Saya rasa begitu berdebar-debar, entah mengapa. Mungkin kerana Ramadhan lepas, pengalaman saya bersama dengan seorang baby girl sahaja. Tapi tahun ini, dengan dua baby girl, yang manja dan lasak :)
Ok, bermula dari 1 Ramadhan, LilKaiStore akan beroperasi seperti jadual di bawah.
Isnin - Sabtu: 9am - 5pm
Ahad dan PH: 10am - 5pm
Delivery seperti biasa, cuma anda perlu ingat, ofis Pos Laju ditutup pada hari Sabtu minggu pertama setiap bulan.
Di kesempatan ini, LilKaiStore Family ingin memohon ampun dan maaf di atas salah dan silap kepada semua muslimin dan muslimat di atas apa jua kesalahan atau salah faham. Semoga Ramadhan pada kali ini lebih diberkati. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Amin..
Labels:
Announcement
Saturday, July 9, 2011
Bersediakah anda menyusukan bayi di bulan Ramadhan?
Salam kepada pembaca muslim blog ini. Diharap anda menikmati hari-hari indah bersama keluarga tersayang terutama si kecil anda yang sentiasa menantikan susu ibu untuk membesar! Bulan Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi. Jadi, sudahkah anda bersedia menghadapi bulan Ramadhan sebagai 'Bulan Penyusuan' tidak kira untuk kali pertama atau sekali lagi? Diharap para ibu sudah bersedia sama ada mental dan fizikal untuk menempuh cabaran dan dugaan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. So, di sini saya ingin berkongsi dengan anda petua yang saya amalkan, petua dari ibu dan MIL saya. Diharap ia sedikit sebanyak dapat membantu anda!
Sebagai persediaan yang pertama, bermula dari sebelum Ramadhan tiba, anda perlu menyediakan stok simpanan susu yang mencukupi. Kerapkan pumping session. Tidak mengapalah jika tidak dapat membuat pumping session lebih dari hari-hari biasa, tetapi jika boleh buat lebih dari itu, teruskan! Tiada ruginya. Malahan ia mungkin akan lebih membantu terutama di bulan puasa nanti seandainya berlaku masalah kesihatan dan sebagainya.
Keduanya, JANGAN stress!! Saya sendiri sudah mempunyai pengalaman 'teruk' apabila stress terutama di bulan puasa. Dengan kerja yang menimbun di ofis, dengan bos yang umpama tidak ambil peduli kita sedang berpuasa, dengan mengejar masa untuk mengepam, terpaksa mengharungi jalan jem untuk balik ke rumah, nak masak untuk family untuk berbuka, nak menyusukan anak, nak melayan karenah anak-anak yang lain, nak kemas rumah, pagi bangun awal nak sediakan makanan untuk bersahur. Errrghhh, bunyinya memang stress!! Tapi, itu apa yang kita fikir. Tetapi, sebenarnya, rutin itu adalah sama je seperti hari-hari lain. Cuma, bila kita sedang berpuasa, badan letih kerana kurang tenaga, jadi mulalah fikiran terganggu, akhirnya stress. Oleh itu, amatlah penting, persediaan awal anda dari segi MENTAL. Yakinkan diri yang anda mampu tempuhi cabaran dan dugaan ini dengan baik, maka insyaAllah urusan anda dipermudahkan oleh Allah swt.
Ketiga, jagalah pemakanan anda sepanjang berpuasa dengan sebaik mungkin. Pastikan anda bersahur dan berbuka dengan makanan yang bukan sahaja mengenyangkan, tetapi dapat memberi tenaga yang mencukupi. Jangan skip bersahur! Itulah waktunya untuk anda mendapatkan bekalan tenaga yang akan digunakan sepanjang hari semasa berpuasa. Minum banyak air masak, semasa bersahur dan selepas berbuka. Ibu saya lebih menggalakkan makanan berkuah supaya dapat menambah cairan dalam badan dan mengurangkan risiko dehidrat. Disebabkan saya mempunyai masalah gastrik, saya tidak mengambil minuman berkafein sepanjang bulan puasa kerana ia membuatkan pedih di ulu hati, yang mana ubatnya adalah perlu lebih kerap makan! So, kalau dah kena kerap makan, macamana nak puasa nanti, kan? Makesure, berbuka dan bersahur dengan kurma. Ia bukan sahaja afdal, tetapi juga salah satu makanan yang membantu saya menghasilkan susu dengan lebih banyak.
Keempat, teruskan pumping session anda seperti biasa. Berpuasa bukan penyebab susu anda kurang. Susu sentiasa dihasilkan selagi ada permintaan. Maka, kata kuncinya adalah, teruskan penyusuan kepada bayi anda. Jika ada anda sudah mengekalkan sesi pengepaman, tetapi susu masih kurang, mungkin kerana faktor pemakanan anda atau juga kerana anda stress tanpa disedari! Paling penting, di rumah, direct susukan bayi sebanyak mungkin kerana hisapan bayilah perangsang paling perfect untuk menghasilkan susu dengan lebih efektif.
So, diharap, entry ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk menempuh perjalanan penyusuan anda di bulan puasa ini. Memang ia bukan mudah, tetapi insyaAllah, jika anda memiliki semangat yang kental, pikiran yang positif, support yang kuat dari insan yang terdekat dengan anda terutama suami dan rakan-rakan, then insyaAllah, tiada apa yang mustahil! Oleh, saya ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Semoga pengalaman bulan Ramadhan anda pada tahun ini lebih 'colorful' and 'joyful' berbanding sebelumnya!
Labels:
For Your Information
Thursday, July 7, 2011
BajuIbu Nursing Road Tour at Lilkaistore Boutique from 8th Jul - 13th Jul 2011!!
BajuIbu nursing wear will be running their Weekly Road Tour at Lilkaistore Boutique from 8th - 13th Jul 2011. Don't missed out their gorgeous and adorable collection, special for your incoming Hari Raya celebration. Bring the crowd and enjoy their fabulous price! Open for walk in purchase only. So see you there..
For online purchase, you can purchase direct from their official online shop at http://www.bajuibu.com.
Labels:
Announcement
Tuesday, June 28, 2011
Lilkaistore Marathon SALE 2011 is back!!
Lilkaistore Marathon SALE is back!! Huge Discount on tones of items!! Check out the SALE period as per below. Don't miss out any of them!!
Lilkaistore Mega SALE: 1st Jul - 31st Aug 2011
Lilkaistore Malaysia Celebration SALE: 15th Sep - 31st Oct 2011
Lilkaistore YES SALE (Year End Sale): 15th Nov - 1st Jan 2012
Labels:
Sale
Monday, June 27, 2011
Lilkaistore Terms and Conditions
Salam dan hai kepada pembaca dan pelanggan yang dihormati... Agak lama juga tidak update blog ini. Ada dua tangan pun tidak mencukupi untuk update 'terlalu' banyak perkara related to Lilkaistore. Mujur ada staf, yang membantu uruskan butik, otherwise, semua ni jadi 'bersawang' je :p
Entry kali ini adalah tentang salah satu yang terdapat di Lilkaistore Terms and Conditions iaitu:
For local bank online transfer payment (M2U / IBG):
In case the customer has forgot to put our email address during transaction, he/she is required to email us the original copy of transaction as a proof of payment. We do not accept any proof of payment which came as a transformed, distorted or unoriginal copy. We will not accept any excused from any buyer who refused to provide the Original Copy of Transaction as he/she already broke Lilkaistore Terms and Conditions. When dealing with Lilkaistore, you are required to follow our Terms and Conditions and any procedure provided, no compromise.
Please kindly understanding, our staff have no permission to check the company account. Therefore, shall you want your order to be processed immediately and smoothly, then please take your responsibility to proceed with payment based on Lilkaistore Terms and Conditions, as what you have agreed every time you ordering online at http://lilkaistore.com.
Please kindly understanding, our staff have no permission to check the company account. Therefore, shall you want your order to be processed immediately and smoothly, then please take your responsibility to proceed with payment based on Lilkaistore Terms and Conditions, as what you have agreed every time you ordering online at http://lilkaistore.com.
- Description of Transaction: Your Order ID# - Name on Billing Address
- Recipient's Email: sales@lilkaistore.com
For Maybank Cash Deposit Machine payment:
Customer is required to scan the original receipt and email to sales@lilkaistore.com.
We do not accept any payment via other Cash Deposit Machines (eg: CIMB, RHB etc) because our company bank account did not appear on the receipt, therefore your receipt cannot be used as a proof of payment.
Kesemua ini terdapat di dalam Lilkaistore Terms and Conditions page. Malahan, setiap kali sebelum anda menghantar order secara online, anda diwajibkan untuk membaca keseluruhan T&C ini sebelum menandakan TICK sebagai tanda bersetuju. Order anda dihantar kepada kami hanya setelah anda TICK ruangan tersebut.
Tetapi ada juga dua tiga orang customer yang 'degil' dan enggan mematuhi T&C kami. Tak cukup dengan degil, tetapi juga menyalahkan kami kerana menyediakan prosedur bayaran sebegini? Sangat IRONIC, kerana pilihan membeli adalah di tangan mereka. Mereka membuat keputusan membeli dari kami, tetapi enggan mematuhi T&C kami sebaliknya mahu kami 'akur' mengikut 'cara mereka'. Ianya umpama anda memohon pekerjaan di sebuah syarikat, tetapi anda enggan mematuhi T&C syarikat sebaliknya meminta syarikat yang mengikut 'cara anda'. Biar betul :p
Pentingnya bukti bayaran
Anda perlu menyertakan bukti bayaran tersebut kerana yang menguruskan online order anda adalah staf kami. Mereka tiada akses untuk menyemak bayaran anda di dalam akaun syarikat. Jika setakat anda memberi Reference Number dan butiran amount, ia tidak memberi apa-apa makna kerana siapa2 pun boleh menaip seperti anda. Apa yang staf kami perlukan ialah bukti transaksi yang original, yang mana, apabila mereka melihat bukti transaction tersebut, mereka tahu transaksi itu adalah sah dan benar. Sama seperti anda juga, jika anda bekerja di mana-mana syarikat sekalipun, anda tidak pernah akan diberi akses untuk login ke dalam akaun bank syarikat anda bekerja melainkan anda adalah pemilik akaun tersebut :p Begitulah juga staf kami. So, perlu anda ingat, order anda tidak akan diproses selagi bukti bayaran tidak disertakan kepada staf kami.
Cara paling mudah menyertakan bukti bayaran
"Saya dah bank-in online. dah ada reference no. can't u check from that reference no? Because I can't right-click on the receipt and paste it here. I've made a lot of online payment via maybank2u, and giving the reference no is already enough. giving date and time to make things easier. this things seem to be so difficult and complicated"
"Agak leceh.x user friendly.take this comment positively.and maybe u shud tell ur bos & try to solve this kind of pb.i'll try to attach later.whatever, i'm not back buyer.maybe shud create term as back seller..tq"
"dah try ctrl+prt scrn. tak dapat. attach pun mana boleh. bkn safe dlm pc. tak nak hantar item2 tu pun takpela".
Tersenyum kami membaca email dari customer ini kerana dia menyalahkan kami kerana menyediakan prosedure bayaran yang difficult dan complicated dan juga menyarankan kami sediakan terms untuk back seller? Hehe, macamana boleh ada back seller jika customer sendiri yang tidak mematuhi seller punya T&C? Apakahhh? Well, berikut dapat saya simpulkan kenapa terjadinya isu tersebut:
Yang pertama, ada segelintir customer sering TERLUPA dengan siapa mereka berurusan. Kami tidak kisah sudah berapa ribu kali anda membeli online, sudah berapa transaksi yang telah anda lakukan. Tetapi, apabila anda berurusan dengan Lilkaistore Enterprise, anda WAJIB mematuhi Lilkaistore T&C dan kami menjalankan perniagaan berdasarkan Lilkaistore Policy. Jika sekalipun ini merupakan pengalaman pertama anda membeli secara online, tetapi jika anda mampu mematuhi our T&C, kami amat mengalu-alukan anda sebagai returning customer kami pada masa yang akan datang.
Yang kedua, ada segelintir customer MALAS untuk membaca T&C yang disediakan oleh setiap syarikat. Perlu anda ingat, setiap kali anda berurusan dengan mana-mana syarikat sekalipun, hubungan perniagaan antara anda dan syarikat hanya berlaku jika anda BERSETUJU dengan isi kandungan T&C syarikat tersebut. Kami sendiri telah menyediakan ruangan khas T&C di dalam online order yang mana customer WAJIB membaca dan TICK di T&C tersebut tanda bersetuju. Jika customer tidak bersetuju dengan isi kandungan T&C dan enggan tandakan TICK, maka order anda tidak dihantar kepada kami. Kami tidak menyediakan T&C ini sekadar suka-suka atau untuk menyusahkan anda tetapi T&C ini disediakan sebagai asas perniagaan kami kepada pelanggan, dan juga sebagai Black & White untuk sebarang isu yang timbul. Jika anda MALAS membaca kandungan T&C, dan menimbulkan isu yang sudah terang dan jelas bertentangan dengan apa yang terkandung dalam T&C, maaf, kami tidak berminat melayan isu tersebut kerana ia adalah salah ANDA.
Yang ketiga, ada segelintir customer suka mengikut cara sendiri. Sudah tertera dalam setiap invoice bahawa setiap bayaran yang dibuat melalui M2U atau IBG perlu meletakkan email kami di ruangan receipient email supaya kami dapat menerima email notification terus dari bank anda. Jika anda terlupa, kemudian barulah email kepada kami bukti bayaran tersebut. Tetapi customer yang jenis 'ego' tak bertempat inilah, yang suka 'cari masalah'. Begitu juga jika anda tiada scanner, jangan buat bayaran guna Maybank CDM, kerana jika anda gagal sertakan bukti bayaran, order anda tetap tidak akan diproses walau apa juga alasan. T&C tetap T&C.
Contoh seperti email dari customer di atas, customer tersebut bukan sahaja tidak meletakkan email kami semasa transaction, malahan bila staf kami meminta email bukti transakti yang original, macam-macam alasan yang diberi. Customer tersebut sanggup menaip dua tiga email seperti di atas daripada login semula ke dalam M2U, tekan PrtSc then paste dalam email. Tapi at last, dalam email yang seterusnya, dia lampirkan juga bukti bayaran tersebut. Boleh pun kan? Then, buat apa pilih cara yang SALAH :)
Oleh itu, diharap lepas ini customer kami lebih jelas tentang isu Prosedur bayaran yang terkandung dalam Lilkaistore Terms & Conditions. Isu ini lebih kurang sama juga seperti jika anda ingin memohon credit card dari mana-mana bank. Jika anda merasa T&C bank tersebut lebih menyusahkan daripada menyenangkan anda sebagai pengguna credit card bank tersebut, maka anda seharusnya membuat pilihan bijak dengan cara tidak memohon menjadi pengguna credit card tersebut. Begitu juga dengan syarikat kami. Jika anda merasakan SUKAR untuk membuat pembelian dan pembayaran di Lilkaistore, maka anda dinasihatkan untuk membeli dari kedai lain sahaja. Kerana T&C tetap T&C. Jika ada 10,000 customer lain yang boleh mematuhi dan menghormati T&C kami ini, mengapa tidak ANDA?
Apa-apapun, pilihan membeli 150% di tangan anda.
Labels:
For Your Information
Subscribe to:
Posts (Atom)
















